fb fb fb fb fb

LPP buka peluang ternakan udang kara kepada golongan belia

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar

PENDANG, 10 September- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membuka peluang kepada golongan belia untuk menyertai bidang penternakan udang kara yang mempunyai potensi pasaran yang luas serta menjana pendapatan lumayan.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya menyediakan bantuan bersesuaian kepada anak muda yang berminat menceburi bidang tersebut.

Beliau berkata penternakan udang kara mendapat permintaan tinggi dari luar negara seperti Australia dan Hong Kong  .

"Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk projek-projek berkaitan agro pertanian, penternakan dan sebagainya untuk menambah pendapatan komuniti antaranya menerusi Program Sejahtera Komuniti  MADANI (Sejati Madani)," katanya,

Mahfuz berharap komuniti setempat mengambil peluang melaksanakan projek udang kara di kawasan mereka.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Ladang Udang Kara Air Tawar Arbaah, yang diusahakan oleh anak tempatan, Muhammad Firdaus Osman.

"Tahniah saya ucapkan kepada Firdaus atas usaha dan kejayaan yang telah dibuat dan yang penting bagi saya bahawa dia bukan saja menternak, tetapi juga menghasilkan produk- produk seperti udang kara perap. Selalunya kita biasa dengar kambing atau ayam perap tapi kini ada juga udang kara perap," ujarnya.
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI