fb fb fb fb fb

Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 21 April- Terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median Laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa dan Rabu ini kata Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd dalam satu kenyataan.

Perkara itu bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan The Light Interchange, melibatkan pembinaan tanjakan bertingkat baharu menghubungkan The Light Waterfront Pulau Pinang dan pelebaran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

"Sebarang lencongan lalu lintas sementara atau penutupan jalan akan dijadualkan di luar waktu puncak iaitu dari pukul 10.00 malam hingga 5.00 pagi bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya.

"Penambahbaikan ini akan memberi manfaat besar kepada orang ramai dengan mengukuhkan infrastruktur semasa," kata IJM Land dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun syarikat pemaju berkenaan berusaha untuk meminimumkan kesan pembinaan kepada orang awam dengan melaksanakan pelan pengurusan trafik sepanjang tempoh tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI