fb fb fb fb fb

LKTN pergiat semula penanaman produk kenaf

FOTO RTM

PASIR PUTEH, 13 Disember - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) sedang mengenal pasti lokasi atau tanah baharu yang bersesuaian bagi mempergiat semula penanaman produk kenaf bermula tahun depan.
 
Langkah tersebut diambil bagi menggantikan sebilangan tanah sedia ada yang terpaksa di ubah kepada tanaman padi bagi menjamin bekalan makanan negara pasca COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKTN, Mohd Fadzhel Nasir, tindakan tersebut menyebabkan tanah untuk tanaman kenaf hanya tinggal 148 hektar daripada keluasan asal 600 hektar di Kelantan, manakala di Terengganu, hanya berbaki 100 hektar daripada keluasan asal iaitu 400 hektar.
 
Tumpuan turut di berikan kepada penghasilan produk kenaf sebagai makanan ternakan dan proses 'Bio Retting' bagi menghasilkan fiber untuk menggalakkan industri Kenaf bagi tempoh 2024-2030.

"Kita telah melaksanakan inisiatif baru untuk mengalih kawasan-kawasan sedia ada ini ke kawasan baharu

"Ada dua program yang sedang di laksanakan iaitu Program Ladang Kluster yg melibatkan konsolidasi tapak tanaman baru untuk kenaf yang kedua adalah pengeluaran fiber premium yang kita sebut kenaf untuk rakyat yang mana inisiatif ini akan mengubah landskap industri kenaf ke arah kawasan baru", katanya ketika di temui media pada Program Penyerahan Sumbangan Tunai Rahmah di Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (INSKET) di sini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi LKTN, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Seramai 315 pencarum menerima bantuan TKIKT dengan jumlah bantuan berjumlah hampir RM95,000.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD