fb fb fb fb fb

LKIM Perlis promosi Q-Fish, tawar harga lebih murah

ARAU, 2 April- Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis hari ini mempromosikan pusat jualan Ikan Sejuk beku (Q-Fish) di pelantar ikan Sungai Padang Perlis.

Pusat jualan berkenaan juga bersesuai berikutan harganya yang murah, sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah B40 untuk mendapatkan bekalan.

Pusat jualan yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 3 petang itu menawarkan harga yang lebih murah iaitu sekitar 10 hingga 20% daripada harga biasa.

Menurut Exco Pertanian & Industri Asas Tani Perlis Nurulhisham Yaakob selain ikan Q-Fish, pusat jualan berkenaan turut menyediakan pelbagai hasil tangkapan laut lain termasuk ketam, udang dan siput secara pukal.

"Perniagaan ini dikendalikan Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, mereka boleh dapat bekalan daripada Q-Fish segera la, dari semasa ke semasa, dan banyak orang dah mula tempah dan terutamanya buat persiapan ni sebab esok dah nak mula puasa, jadi senang orang sini tak payah pergi beli tempat lain dah, beza harga harian paling rendah antara 10 ke 20%," kata Nurulhisham.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sungai Padang, Arau Perlis.

Sepanjang program mempromosikan pusat jualan itu, sebanyak 150 kilogram ikan Q-Fish di agihkan kepada 150 orang pengunjung terawal.


(Exco Pertanian & Industri Asas Tani Perlis Nurulhisham Yaakob )

Media Baharu