fb fb fb fb fb

Liputan rangkaian 5G capai 73 peratus - Fahmi Fadzil

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 7 November - Liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 73 peratus dan disifatkan berada pada landasannya.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata sasaran 80 peratus liputan rangkaian 5G dikawasan berpenduduk dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Jelasnya, Digital Nasional Berhad (DNB) telah membangkitkan beberapa isu melibatkan masalah tanah yang perlu diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pelaksanaan 5G, Program Jendela mahupun program yang memberi sentuhan kepada rakyat perlu ada penyelarasan menyeluruh dengan kerajaan negeri untuk di selesaikan isu permit, isu bayaran, isu tanah kerana ini bukan projek bersifat komersil tapi dia adalah inisiatif kerajaan untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKD, di sini.

Tambah Fahmi, beliau telah meminta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din untuk mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu berbangkit.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN