fb fb fb fb fb

Lima syarikat pengeluar makanan ternakan dikenakan penalti RM415.5 juta - MyCC

Suruhanjaya Persaingan (MyCC) dalam keputusannya berkata mereka didapati melanggar Seksyen 4(1) Akta Persaingan 2010 (Akta 712) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Lima syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta.

Suruhanjaya Persaingan (MyCC) dalam keputusannya berkata mereka didapati melanggar Seksyen 4(1) Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

Kelima-lima syarikat itu didapati bersalah kerana berpakat menaikkan harga makanan ternakan ayam menerusi beberapa platform.

"Ini termasuk hubung kait rekod komunikasi bersama pengurusan tertinggi, nota mesyuarat dan keterangan saksi, di antara Januari 2020 hingga Jun 2022.

"Mereka dikesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran barang atau perkhidmatan," kata MYCC menerusi kenyataan.

MyCC berkata, lima syarikat itu dianggarkan menguasai sehingga 70 peratus pasaran makanan ternakan ayam di negara ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN