fb fb fb fb fb

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

FOTO JBPM MELAKA

MELAKA, 13 Februari- Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai terbakar awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.40 pagi.

"Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba pukul 1.51 pagi.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi terbakar 80 peratus.

"Terdapat seorang wanita dewasa bersama empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dan seorang lelaki ditemui masih bernafas," menurut kenyataan tersebut.

Punca kebakaran masih disiasat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE