fb fb fb fb fb

Liga Super :NSFC sambar empat import mantapkan pasukan

Foto FB NSFC

SEREMBAN, 20 Mac - Negeri Sembilan FC (NSFC) bernafsu menjelang permulaan saingan Liga Super musim ini apabila menandatangani empat pemain import musim ini.

Ini termasuklah pemain dari Myanmar, Hein Htet Aung yang dipinjamkan sekali lagi dari Selangor FC buat kali kedua berturut-turut.

Antara muka import baharu NSFC pada musim ini adalah pemain muda dari Jepun Takumi Sasaki.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu sebelum ini beraksi dalam saingan J3.

Sasaki juga pernah menganggotai skuad Kebangsaan Bawah-19 jepun serta berkebolehan beraksi di serata posisi termasuk serangan.

Turut serta dalam skuad NSFC adalah Aliyu Abu Bakar yang bermain di posisi pertahanan tengah.

Pemain itu beraksi 38 perlawanan bersama Khan Tengri FC dalam saingan Liga Perdana Kazakhstan musim lalu.

Pencapaian terbaik Aliyu ialah membantu negaranya memenangi Piala Dunia FIFA B-17 pada edisi 2013.

Seterusnya di posisi serangan, NSFC berjaya membawa masuk Jacque Faye.

Pemain kelahiran Senegal berusia 29 tahun itu sebelum ini beraksi bersama PDRM FC sejak 2019.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hadin Azman turut menjadi senjata baharu skuad NSFC.

Dalam saingan musim lalu, Hadin mencatatkan empat jaringan dan tiga bantuan gol dalam 21 perlawanan bersama Penang FC.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD