fb fb fb fb fb

Lembaga Pengasas MMM dibentuk sebaik akta diwartakan - Fahmi

Fahmi Fadzil/RTM

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Lembaga Pengasas bagi Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibentuk selepas akta berkaitan diwartakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berharap proses pembentukan lembaga tersebut dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini.

"Ia masih perlu dibawa ke Dewan Negara, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan. Setelah tarikh kuat kuasa ditetapkan, barulah Lembaga Pengasas dapat dibentuk. Jadi, kita harap semua proses ini dapat diselesaikan menjelang tahun ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ditemui media pada Majlis Serahan 500 Pek Beras Fidyah kepada golongan asnaf di Pantai Dalam di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan pertemuan bersama wakil TikTok dan pihak media pada 3 Mac ini susulan penggantungan kekal 23 akaun milik media tempatan yang didakwa melanggar garis panduan platform tersebut.

Beliau turut mengarahkan MCMC meneliti tindakan itu berdasarkan undang-undang baharu yang telah dikuatkuasakan sejak 11 Februari lalu.

"Kita mahu TikTok memahami bahawa beberapa tindakan yang mereka ambil perlu diselaraskan dengan undang-undang negara kita. Mereka mahu kita patuh pada garis panduan mereka, tetapi dalam beberapa perkara seperti isu judi dalam talian, mereka membiarkannya berleluasa.

"Oleh kerana TikTok telah dilesenkan, kita mempunyai proses tertentu yang boleh diambil terhadap mereka," katanya.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA