(FOTO IHSAN POLIS)
KAMPAR, 17 Jun- Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki bersama keluarganya merempuh sebuah treler di Kilometer 301.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) awal pagi tadi.
Mangsa, Muhammad Zweill Haikal Ghazali, 18 tahun, yang merupakan penumpang kenderaan tersebut, maut akibat kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan dinaiki keluarga tersebut sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar belakang treler yang sedang bergerak di lorong kiri.
Akibat pelanggaran itu, seorang mangsa maut dan empat lagi mengalami cedera parah dan cedera ringan.
Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kesemua gangsa kemudian dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut
Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
(FOTO IHSAN POLIS)