Lelaki maut, kemalangan kereta-lori di jalan Johor Bahru-Mersing

Foto Polis

KOTA TINGGI, 6 Mac -Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu kereta, 33, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan pada kejadian pukul 8.30 malam.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
  • Pemandu lori, 51, tidak mengalami kecederaan; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu kereta berusia 33 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital kota Tinggi.

“Manakala pemandu lori , 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurutnta dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.