fb fb fb fb fb

Lelaki maut dibaham buaya di Sarawak

Foto JBPM Sarawak

ASAJAYA, 19 Disember- Seorang lelaki maut akibat dibaham buaya di Kampung Sampun Tebun, Asajaya, Sarawak petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenal pasti sebagai Gindek Julau, 41 tahun.

"PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.42 petang dan menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan masih berada di dalam Sungai Sampun dan telah ditemukan oleh abang kandungnya pada pukul 4.30 petang," menurut kenyataan itu.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM