fb fb fb fb fb

Lelaki maut dalam kebakaran rumah pekerja

FOTO BOMBA BATU NIAH

MIRI, 20 Januari- Seorang lelaki tempatan yang juga pekerja ladang kelapa sawit di Niah, sini, Sarawak maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah pekerja, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, laporan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi itu hanya diterima pihaknya pada pukul 9.50 pagi.

Ia selepas dimaklumkan oleh Balai Polis Batu Niah susulan tiada liputan telekomunikasi di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, beliau bersama kekuatan tujuh anggota berserta sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 69 kilometer.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah rumah dua pintu sudah 100 peratus terbakar.

Rary berkata, mangsa dikenali sebagai Anderson Mat Anak Jonathan, 22, ditemukan di bilik tidur nombor dua.

Sebuah kereta turut terbakar 30 peratus dan kes masih dalam siasatan.

2001 KEBAKARAN MIRI

FOTO BOMBA BATU NIAH

SITI AISHAH BINTI MD ISA