fb fb fb fb fb

Lelaki maut akibat jatuh perigi

Foto Ihsan JBPM

JOHOR BAHRU, 25 Ogos- Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di berhampiran rumahnya, di Kampung Nesa, Skudai, Johor Bahru, Johor, pada pukul 9.30 malam, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata insiden berkenaan dilaporkan oleh rakan mangsa.

Mangsa berumur 47 tahun itu didapati terjatuh ke dalam perigi pada kedalaman 4.88 meter.

Mangsa ditemukan pada pukul 10.00 malam dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM