fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan, tumbuk pemandu tegur guna 'signal'

LABUAN, 17 April- Seorang lelaki ditahan kerana didakwa menumbuk seorang pengguna jalan raya di Jalan Patau-patau di sini pada 12 April lalu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila berkata, suspek berusia 22 tahun itu disyaki bertindak demikian kerana berang akibat ditegur oleh mangsa berkaitan penggunaan isyarat lampu kenderaan.

"Lelaki berkenaan telah ditahan reman petang semalam, bagi siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan ugutan jenayah.

Selain Seksyen 279 KK kerana memandu dengan berbahaya di jalan awam dan Seksyen 427 KK bagi kesalahan khianat harta benda," katanya menerusi kenyataan.

(Keadaan mangsa yang cedera selepas ditumbuk oleh suspek)

Dalam kejadian pada Rabu lalu, suspek bertindak keluar daripada kenderaan dan menumbuk muka mangsa sehingga mendatangkan kecederaan pada mata, luka di dahi dan pendarahan hidung.

Insiden yang dirakam kamera papan pemuka mangsa itu tular di media sosial.

Media Baharu