fb fb fb fb fb

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Foto JBPM Perak

KUALA KANGSAR, 27 Oktober- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai lemas di Kampung Sungai Jarau, Kuala Kangsar, malam tadi masih diteruskan.

Mangsa Mohd Faiz Azman, 33 tahun telah terjatuh daripada botnya ketika melakukan aktiviti memancing di sungai tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.51 malam.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba telah menggunakan kaedah surface searching dan menggunakan bot di sepanjang kawasan hotspot mangsa dipercayai lemas," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM