fb fb fb fb fb

Lelaki dikehendaki polis ditemukan mati ditembak di parkir kondominum mewah

BUTTERWORTH, 1 Februari - Seorang lelaki tempatan ditemukan mati dengan kesan tembakan di kawasan parkir sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Perai, malam tadi.

Siasatan awal polis mendapati mangsa, 31, meninggal dunia jam 8.45 malam.

Polis menemukan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di kawasan parkir tingkat tiga kondominium tersebut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa diserang lebih dua suspek bersenjatakan pistol.

”Buat masa ini kita tidak boleh beritahu berapa das tembakan terkena mangsa namun pemeriksaan pihak forensik di lokasi menemukan 12 kelongsong peluru.

“Semakan juga mendapati mangsa menyewa di kondominium mewah ini sejak lima bulan lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah Mohd Shuhaily, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam susulan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dikehendaki polis.

Media Baharu