KUALA LUMPUR, 10 Disember- Jualan Agro MADANI berjaya mencecah nilai jualan lebih RM43,000 pada hari kedua Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Bukit Jalil.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, angka itu dijangka terus meningkat berdasarkan hampir 40,000 pengunjung ke gerai Jualan Agro MADANI pada Sabtu.
Jualan itu turut menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga rendah.
"Jualan hari ini memberangsangkan, harga yang dijual memang rendah dari pasaran sebab agromadani lebih
berorientasikan servis berbanding keuntungan.
"Agro madani sentiasa ada bagi pihak kementerian, ada jualan FAMA jualan ladang. Kita tidak pergi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerana kita dengan kementerian lain," katanya ketika ditemui pada Jualan Mega MADANI sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di ibu negara hari ini.
Dalam kunjungannya, beliau memaklumkan para peniaga turut berpuashati dengan hasil jualan yang diperolehi sepanjang dua hari program dibuat.
Mohamad Sabu menjangkakan angka Jualan Mega MADANI akan meningkat hari ini.