fb fb fb fb fb

Lebih RM22 juta diperuntukkkan untuk golongan asnaf di Perlis



KANGAR, 1 Januari - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperuntukan RM22,897,200 bagi membantu golongan asnaf di negeri itu.

Peruntukan berkenaan disalurkan kepada 36,310 orang penerima dalam kalangan asnaf terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, agihan dibuat menerusi 704 program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013 sehingga semalam yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pendekatan yang mengutamakan elemen mendekati dan menyantuni ini dilihat telah sebati sebagai salah satu kekuatan MAIPs untuk membantu golongan sasar selain mendapatkan maklumat yang tepat dan benar terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat.

"Walaupun terpaksa berhadapan dengan pandemik COVID-19, namun sepanjang tahun ini saja , Tuanku Syed Faizuddin telah mengetuai 60 kali kayuhan yang melibatkan 1,530 asnaf disantuni dengan sumbangan sebanyak RM1.071 juta telah diagihkan melalui program ini sahaja" Menurut Mohd Nazim lagi.

Bagi tahun 2022, MAIPs terus komited untuk melipatgandakan usaha bagi mengamalkan budaya turun padang dalam menjayakan segala inisiatif dirancang.

 

Media Baharu