fb fb fb fb fb

Lebih RM11 juta naik taraf infrastruktur awam di Kuala Kangsar

Menteri KPKT, Nga Kor Ming memberi ucapan pada Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput di sini FOTO RTM

SUNGAI SIPUT, 31 Oktober-Program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukan RM11.03juta untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di daerah Kuala Kangsar.

Menurut Menterinya, Nga Kor Ming, peruntukan tersebut bagi menjayakan 86 buah projek di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Tambah Kor Ming, peruntukan naiktaraf kemudahan awam dan infrastruktur tersebut merupakan peruntukkan berlandaskan pelaksanaan demi kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.

"Lawatan saya ke Kampung Simpang Baru Jalong berjaya mengubah kehidupan keluarga luar bandar menerusi pembinaan rumah baru yang lebih selamat dan selesa.

"Penduduk kampung yang memerlukan bantuan akaln dikenal pasti oleh jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK dan JPKPKP bagi dinilai taraf kelayakan", kata Kor Ming dalam sidang media sempena Program Sentuhan Kasih KPKT ke Sungai Siput di sini.

Pada lawatan kerja itu,  Kor Ming turut menyantuni dua keluarga bagi Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Projek Bina Baru Rumah Kampung Baru

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD