fb fb fb fb fb

Lebih 80,000 petempatan haram di Selangor berjaya diselesaikan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LANGAT, 16 Januari- Lebih 80,000 petempatan haram di atas tanah milik kerajaan di negeri Selangor dilapor berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan petempatan haram di atas tapak persendirian memerlukan perbincangan antara pihak berkuasa dan pemilik.

Beliau berkata akan menyemak kewujudan petempatan haram yang masih wujud di negeri itu serta merujuk kepada dasar kerajaan sebelum ini.

"Kita akan semak balik dan dasar kita sebelum ini kalau tanah kerajaan, banyak yang kita sudah selesaikan lebih kurang 80,000 tapak.

"Tapi yang ini mungkin ada kawasan yang duduk di kawasan persendirian, bila di kawasan persendirian, kita perlukan perbincangan", katanya selepas Majlis Sambutan Perayaan Ponggal Peringkat Negeri Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting malam tadi.

Sabtu lalu, dilaporkan lebih 200 rumah kongsi dibina dalam petempatan haram di Seksyen U14 berhampiran Kampung Budiman, Shah Alam.

ROSLINA BINTI DIN