fb fb fb fb fb

Lebih 600 projek sekolah daif siap dibaik pulih- KPM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Sebanyak 694 daripada 1,069 projek sekolah daif di seluruh negara telah siap dibaik pulih sejak 2016. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh memaklumkan daripada jumlah itu, 159 masih dalam pembinaan manakala baki 216 lagi di peringkat prapembinaan. 

"Sememangnya berkenaan bilangan bangunan daif dalam sistem KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), angkanya turun naik yang mana sudah sampai ke skala enam apabila kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan, maka ia akan diklasifikasikan skala lima dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya lagi, terdapat projek-projek sekolah tidak dapat diselenggara dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengklasifikasikannya sebagai bangunan daif. 

Bagaimanapun, pihaknya tetap komited memastikan kebajikan murid dan sekolah terjaga sepanjang masa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM