
KUALA LUMPUR , 8 Julai – Sebanyak 3,049 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram telah diserbu dalam tempoh dari tahun 2022 hingga Mei 2026.
- Seramai 629 individu ditahan dan 75,578 mesin perlombongan dirampas hasil serbuan.
- KDN melalui PDRM memperkukuh strategi penguatkuasaan dengan penekanan pada pencegahan dan pengesanan awal.
- Kerjasama strategik dengan pelbagai agensi diperkasakan dan penggunaan teknologi serta keupayaan risikan ditingkatkan.
- Sebelum operasi, risikan dan pemantauan rapi dijalankan untuk memastikan tindakan tepat, berkesan dan berlandaskan maklumat sahih.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, berkata menerusi hasil serbuan tersebut, seramai 629 individu telah ditahan, manakala sebanyak 75,578 mesin perlombongan mata wang kripto telah dirampas.
“KDN (Kementerian Dalam Negeri), melalui PDRM (Polis Diraja Malaysia), sentiasa memperkukuh strategi penguatkuasaan dengan memberikan penekanan kepada aspek pencegahan dan pengesanan awal.
“Di samping itu, kerjasama strategik dengan pelbagai agensi terus diperkasakan.
“KDN juga akan terus meningkatkan keupayaan risikan serta penggunaan teknologi, di samping mengenal pasti lokasi-lokasi berisiko yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan dan pemantauan mata wang kripto secara haram.
“Sebelum sesuatu operasi penguatkuasaan dilaksanakan, risikan dan pemantauan yang rapi akan dijalankan bagi memastikan tindakan yang diambil adalah tepat, berkesan dan berlandaskan maklumat yang sahih,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di Dewan Rakyat di sini.