KUALA LUMPUR, 4 April- Lebih 23 juta pesakit menerima rawatan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun lepas.
Dalam tempoh sama, sebanyak 72,078 pesakit bukan warganegara turut menerima rawatan di fasiliti KKM.
Jelas Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni, jumlah kutipan bayaran perkhidmatan kesihatan pada tahun lalu mencecah RM525 juta.
"Dengan catatan 3.11 bukan warganegara, bermaksud pada nisbah 30 warganegara dan satu adalah nisbah warga asing.
"Jumlah kadar kutipan 'fee' (bayaran) pada tahun lepas pula untuk warganegara adalah sekitar RM268 juta dan warga asing adalah pada kadar RM257 juta," katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim di Dewan Negara di sini.