fb fb fb fb fb

Lebih 2,500 penduduk terjejas banjir di Johor

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 11 Januari- Jumlah penduduk terjejas di Johor meningkat kepada 2,524 penduduk daripada 722 keluarga, setakat pukul 8.00 malam.

Sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan lima daerah terjejas iaitu Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Johor Bahru.

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, daerah Kota Tinggi merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 1,093 orang. Mereka kini berlindung di 13 PPS, diikuti Kulai (675) berlindung di lima PPS, Kluang (354) di lima PPS.

Manakala Pontian, 254 orang berlindung di lima PPS dan Johor Bahru 148 orang di lima PPS.

Sementara itu, paras air di enam kawasan termasuk Sungai Siam di Kampung Sungai Siam, Kulai dan Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang berada pada paras bahaya. 

ROSLINA BINTI DIN