JOHOR, 26 November- Sebanyak 187 buah sekolah rendah dan menengah di semua 11 daerah di Johor sedia diaktifkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menghadapi banjir.
Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh berkata Batu pahat, memiliki PPS tertinggi iaitu 73, Segamat (25) dan Kluang (22).
Katanya, persiapan lebih rapi dibuat kali ini susulan bencana banjir yang melanda negeri itu tahun lalu.
"Tetapi persiapan rapi kalau ikut makluman mesyuarat timur laut yang lepas bersama menteri besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi), Johor kena bersiap sedia pada Disember hingga Januari ini.
"Pada masa itu, sesi persekolahan masih diteruskan di sekolah, jadi semua kena bersedia," katanya pada sidang media selepas persidangan kedua Dewan Negeri Johor di sini.