fb fb fb fb fb

Lebih 15,000 kedai makanan dan restoran sertai inisiatif 'Menu Rahmah'

SUBANG JAYA, 31 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan inisiatif 'Menu Rahmah' bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Lebih 15,000 kedai makanan dan restoran seluruh negara terlibat menjayakan inisiatif itu dengan menyediakan hidangan makan tengah hari atau malam yang seimbang dan dijual pada harga RM5.00 sepinggan.

Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya "akan bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

"Kedai mamak ada 12,000 kedai di seluruh negara, persatuan india ada dalam 800, kedai tomyam sekitar Kuala Lumpur ada 500, dan semua Mydin di seluruh negara akan menyediakan menu ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah di sini.

Jumlah premis makanan terlibat dijangka terus meningkat memandangkan pihaknya sedang merangka kerjasama dengan lebih ramai pengusaha kedai makan untuk melaksana inisiatif berkenaan.

(Salahuddin Ayub)

Media Baharu