fb fb fb fb fb

Lebih 11,000 rakyat Johor tunai solat subuh Masjid Sultan Iskandar

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 20 Januari - Lebih 12,000 Jemaah hadir ke Masid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru bagi menunaikan solat subuh, bersempena program Semarak Subuh Johor, pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kehadiran ramai umat islam itu juga menyaksikan solat Subuh dilaksanakan dua kali.

“Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur, pempengaruh dan pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini,” katanya menerusi lama sosial Facebook.

Solat pertama diimamkan oleh Abdullah Embong manakala solat kedua diimamkan oleh Bilal, Jihadi Jumadi.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid, Exco Belia, SUkan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Hairi Mad Shah dan Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman.

Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Datuk Onn Hafiz yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD