fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 orang hadir pesta Chap Goh Mei di Labuan

Kreativiti persembahan makanan kepada dewa menarik perhatian pengunjung, selain pertunjukan bunga api dan persembahan singa.

LABUAN, 25 Februari- Hampir 12,000 pengunjung menghadiri sambutan pesta Chap Goh Mei di Labuan.

Berbeza di negeri-negeri lain, 13 dewa tokong-tokong di pulau itu diarak dengan iringan paluan gong sambil membawa sepanduk bendera dan tanglung tokong masing-masing. 
 
Bermula dengan upacara sembahyang di Tokong Ling Feng Yuan, masyarakat Cina seterusnya mengelilingi beberapa tokong terdiri Tokong Ting Ming Yuen, Tokong Seng Ong Kung, selain stesen Lai Cheng Jing sebelum berarak kembali. 
 
Meski Chap Goh Mei merupakan tradisi masyarakat Cina, kemeriahan turut dikongsi masyarakat lain yang hadir bagi menyaksikan sendiri perayaan luar biasa itu.  
 
Pertunjukan bunga api dan persembahan singa antara yang menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM