fb fb fb fb fb

Lebih 1,900 graduan USAS terima ijazah, diploma

(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Canselor USAS)

KUALA KANGSAR, 3 Disember- Istiadat Konvokesyen ke-15 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menyaksikan seramai 1,908 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing sekali gus disifatkan sebagai jumlah paling ramai dilahirkan USAS sejak penubuhannya pada 1999 sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR).

Konvokesyen kali ini melibatkan empat graduan Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana (47), Ijazah Sarjana Muda (990) dan selebihnya menerima Diploma.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Canselor USAS berkenan menyampaikan penganugerahan akademik dalam sidang pertama Istiadat Konvokesyen dan menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.

Sebanyak lima anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Tuanku Canselor, Anugerah Menteri Besar Perak, Anugerah Naib Canselor USAS, Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Istiadat berkenaan pertama kali diadakan sepenuhnya secara fizikal selepas dua tahun diadakan secara maya susulan pandemik COVID-19.

Empat sesi diadakan selama dua hari bermula hari ini.


(Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan penganugerahan akademik dalam
sidang pertama Istiadat Konvokesyen dan menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang)

Media Baharu