fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 kuota tawaran ibadah haji di Melaka

DURIAN TUNGGAL, 7 Mei- Lebih 1,000 kuota tawaran mengerjakan ibadah haji untuk negeri Melaka pada tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagaimanapun hanya 890 bakal jemaah yang sudah mengesahkan tawaran itu.  

Jelas beliau, penawaran ibadah haji bagi negeri Melaka meningkat iaitu lebih 1,000 tawaran berbanding 600 tawaran pada tahun lalu. 

Tambahnya, semua bakal jemaah diminta menjaga kesihatan terutama dalam keadaan cuaca panas ketika ini. 

"Kalau kesihatan kita tak jaga dengan baik, nanti kita sampai sana kita tidak dapat melaksanakan rukun-rukun haji maka dengan itu nasihat saya untuk para jemaah jagalah kesihatan.

(Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman)

"Minum air banyak apatah lagi dalam suasana yang panas begini dan sentiasa saya syorkan jugak oleh kerana ramai orang di sana pakailah penutup muka semasa berada di Tanah Suci nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Perdana Haji, di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal. 

Media Baharu