fb fb fb fb fb

Latihan tiga hari RELA Kedah sukses, meski berdepan cuaca panas

Kesemua 48 peserta berjaya menamatkan latihan tiga hari

PENDANG, 6 Februari- Keadaan cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini tidak menjadi halangan buat 48 peserta Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA  menjalani Latih Amal Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Negeri Kedah.

Latihan selama tiga hari itu dibuat bagi memastikan kesiapsiagaan anggota RELA  berada pada tahap tinggi dalam menghadapi sebarang bentuk  bencana  dan krisis.

Selain itu memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota berkaitan anatomi bot, penyelengaraan  bot dan cara pengendalian bot di air dan darat .

Antara aktiviti yang dijalankan latihan pertolongan cemas, mencari dan menyelamat, latihan tali tinggi, taklimat Majlis Keselamatan Negara MKN dan kebakaran.

Pada program tersebut, RELA Kedah turut menerima dua bot aluminium untuk kegunaan pasukan berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE