fb fb fb fb fb

Laporan siasatan JAIPK, dipersembahkan kepada Sultan Perak

Datuk Seri Saarani Mohamad

GOPENG, 3 Oktober- Laporan isu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sdn Bhd di Perak akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, laporan itu merupakan hasil dapatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan kajian dan siasatan isu tersebut.

"Perkara itu (GISBH) akan dipersembahkan kepada Sultan Perak yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Agama Islam (MKI). Saya dimaklumkan ia akan dibincangkan dalam MKI.

"Jadi dapatan dari JAIPK akan dipersembahkan kepada tuanku," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian makmal analisis mineral, Terra Mineral Lab Sdn Bhd (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral (CoE) di sini.

Sementara itu, usaha memulihkan akidah ahli GISBH, akan dibincangkan dalam Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) secara menyeluruh sebelum mengenakan sebarang tindakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI