fb fb fb fb fb

Laporan interim nahas dua helikopter TLDM dijangka siap minggu depan

10 kru TLDM terkorban dalam nahas ketika raptai hari ulang tahun

MELAKA, 2 Mei - Laporan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, 23 April lalu, dijangka siap minggu depan. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seperti dijanjikan laporan interim terbabit akan selesai dalam tempoh dua minggu. 

"Kita pihak jawatankuasa penyiasat sedang menyiapkan laporan seperti yang dinyatakan.

"Interim report itu akan disiapkan dalam tempoh dua minggu lagi dan kita tidak mahu membuat andaian dan spekulasi supaya kita mengetahui sebenar-sebenarnya (apa yang berlaku).

"Kemudian siasatan akan mengambil masa dalam 30 hari bekerja jadi biarlah kita tahu punca-punca yang sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Lawatan Kerja ke Kem Terendak Sungai Udang, di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri menyatakan komitmen bahawa laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh akan diterbit atau disediakan dalam tempoh sebulan.

Pada 23 April lalu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Lumut Perak.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN