Laporan akhir siasatan kemalangan maut penuntut UPSI didedahkan kepada umum

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 JanuariLaporan akhir mengenai kemalangan maut yang menimpa sebuah bas persiaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat Jeli–Gerik, Perak, pada 9 Jun tahun lalu, dijadualkan didedahkan kepada umum mulai 3 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan akhir kemalangan maut bas UPSI akan didedahkan kepada umum mulai 3 petang hari ini.
  • Laporan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan diluluskan untuk siaran rasmi di laman MOT.
  • Kementerian tekankan pendedahan sebagai komitmen ketelusan, kebertanggungjawaban awam dan keselamatan pengangkutan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan laporan tersebut telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan diluluskan untuk disiarkan secara rasmi melalui laman sesawang kementerian.

“Pendedahan laporan itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, kebertanggungjawaban awam serta usaha berterusan memperkukuh keselamatan pengangkutan jalan negara”, menurut kenyataan itu.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi 9 Jun 2025, apabila bas yang dinaiki penuntut UPSI dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak, bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, Perak.

Tragedi itu mengakibatkan 15 penuntut maut.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan