fb fb fb fb fb

LANGKAWIfm mampu beri manfaat kepada komuniti setempat

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman/FOTO RTM

LANGKAWI, 3 November -Liputan siaran stesen radio kecil tetap membawa impak yang besar.

Mengambil contoh LANGKAWIfm, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, siarannya memberi manfaat sepenuhnya kepada komuniti setempat.

"Walaupun pendengarnya di Langkawi tetap cerita-ceritanya boleh dibawa dan dikongsi untuk serata negara.

"Ada kalanya, ia juga relevan dan berkaitan kepada mereka di luar negara. Jadi jangan ingat apabila kita sebuah sesen yang kecil impak, ia boleh jadi lebih besar daripada stesen radio yang lebih besar", katanya ketika membuat lawatan sulung ke Radio Malaysia LANGKAWIfm di sini.

Datuk Suhaimi turut berharap LANGKAWIfm yang menyambut Ulangtahun ke-30 sentiasa memberi hiburan berinformasi kepada pendengar selain terus menjadi sumber inspirasi ramai.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD