fb fb fb fb fb

Langkawi jadi tumpuan pelancong sempena cuti Deepavali

Foto fail/BERNAMA

KUALA KEDAH, 19 Oktober -Cuti sempena perayaan Deepavali dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai untuk bersiar-siar dan bercuti bersama keluarga, khususnya ke destinasi pelancongan popular seperti Langkawi.

Tinjauan di Terminal Feri Kuala Kedah mendapati peningkatan jumlah pengunjung yang mengambil peluang melancong sempena cuti panjang.

Pulau Langkawi terus menjadi pilihan utama pelancong tempatan untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta kemudahan pelancongan yang ditawarkan dengan kos yang berpatutan.

"Saya dan keluarga pergi beraya di Langkawi. Saya dari Johor dan memang kami dan rancang untuk ke pulau itu," kata Subramaniam A/L Samadram.

"Di Langkawi dua hari satu malam je, saya pilih Langakwi untuk cuti Deepavali sekali la. Memang pulau ini indah dan cantik," kata Mohd Nor Hakim Alias.

"Kami bercuti tiga hari dua malam. Saya dari Kuantan, lagipun dah lama kami tidak ke Langkawi," Azila Ahmad Zainuddin.

Pulau Langkawi terus mengharumkan nama negara apabila tersenarai sebagai pulau kedua terbaik dunia dalam senarai Top Islands: Reader’s Choice Awards 2025 oleh portal pelancongan berprestij, Conde Nast Traveler.

Kejayaan itu meletakkan Langkawi mengatasi beberapa destinasi pelancongan terkenal dunia, termasuk Bali, Indonesia yang berada di tempat keenam dan Phuket, Thailand di kedudukan kesembilan.

TETITIA YUSOFF