fb fb fb fb fb

Langkawi catat satu juta pelancong

Foto RTM

LANGKAWI, 1 Jun - Langkawi merekodkan kedatangan pelancong hampir satu juta orang sehingga April lalu.

Jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 11.9 peratus yang mana 972,249 orang direkodkan pada suku pertama tahun ini berbanding 896,229 orang tempoh sama tahun lalu iaitu dari Januari hingga April.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pihaknya optimis untuk mencapai sasaran 3 juta pelancong tahun ini.

Jelasnya, LADA telah mengatur 35 program sepanjang tahun ini yang mampu menyumbang kepada kedatangan pelancong ke Langkawi samada dari dalam dan luar negara.

"Pengunjung ke Langkawi telah meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun lepas. Januari hingga April kita telah mencatatkan lebih 970,000 yang telah sampai ke Pulau Langkawi", katanya demikian ketika ditemui media pada Majlis Ulangtahun Langkawi UNESCO Global Geopark yang ke-17 yang berlangsung di Taman Agroteknologi MARDI di sini.

Pada majlis berkenaan, seramai 13 duta Geopark dilantik selain 25 rakan strategik terdiri dari pemain industri, komuniti dan juga jabatan kerajaan yang sentiasa memartabatkan Langkawi Geopark.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD