fb fb fb fb fb

Langgar syarat lesen,Maritim Selangor tahan bot nelayan Kelas A

(Foto https://www.facebook.com/maritimmalaysia)

KUALA SELANGOR, 4 Disember-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas A yang menggajikan kru warga asing di perairan Kuala Selangor, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata bot berkenaan ditahan ketika melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 3.1 batu nautika Kuala Selangor dalam rondaan rutin Op Ehsan dan Op Benteng Laut.

(FOTO FB https://www.facebook.com/maritimmalaysia)

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Myanmar berusia lingkungan 31 hingga 39 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah untuk diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia; serta Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas.


Media Baharu