BINTULU, 23 Oktober– Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), disyaki melanggar syarat lesen di perairan Bintulu pada petang Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Bot penumpang dikesan semasa rondaan Op Permai dan Op Tiris 3.0 kira-kira 4.5 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena.
- Pemeriksaan mendapati bot dikendalikan oleh seorang kru warga tempatan berusia 22 tahun.
- Bot disyaki beroperasi tanpa keanggotaan mencukupi mengikut Kaedah 12, Kaedah-Kaedah Bot 1953; bot dan kru ditahan untuk siasatan.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata bot berwarna putih itu dikesan ketika rondaan Op Permai dan Op Tiris 3.0 di sekitar 4.5 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena.
Hasil pemeriksaan, bot dikendali seorang kru warga tempatan berusia 22 tahun.
Bot disyaki beroperasi tanpa keanggotaan mencukupi berdasarkan Kaedah 12, Kaedah-Kaedah Bot 1953.
Bot bersama-sama kru ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.