fb fb fb fb fb

Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup, akibat lubang benam

Foto JKR Kelantan

JELI, 1 Januari- Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan memaklumkan penutupan laluan di KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) yang berhampiran Kampung Kubur Datu, akibat hakisan dan lubang benam (sinkhole).

JKR Kelantan dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu dikesan sekitar pukul 3.50 petang tadi.

"Kawasan terkesan lubang benam itu adalah sepanjang 15 meter x 8 meter. Susulan itu jalan ditutup kepada semua kenderaan," menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, jalan raya di kawasan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM