Laluan baharu ICQS, CIQ Sadao mula beroperasi Sabtu ini

Pengurusan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bersama agensi berkaitan melaksanakan segala persiapan dan penyelarasan

BUKIT KAYU HITAM, 7 Julai – Laluan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand mula beroperasi Sabtu ini, manakala laluan sedia ada Bukit Kayu Hitam-Danok pula akan ditutup sepenuhnya mulai pukul 12 tengah malam hari sama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurusan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan agensi berkaitan melaksanakan persiapan serta penyelarasan peralihan laluan.
  • Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peralihan laluan dan panduan kepada pengguna.
  • Semua pengguna dinasihat mematuhi arahan petugas demi keselamatan dan kelancaran perjalanan.
  • Pengguna juga diminta mematuhi papan tanda trafik untuk perjalanan selamat, lancar dan teratur.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan, semua pengguna boleh menggunakan laluan baharu itu bermula 6 pagi Sabtu.

“Bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar, pengurusan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bersama agensi berkaitan melaksanakan segala persiapan dan penyelarasan.

“Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihat sentiasa mematuhi arahan petugas serta papan tanda trafik agar perjalanan selamat, lancar dan teratur,”menurut kenyataan itu lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.