fb fb fb fb fb

Lagi cubaan seludup beras dari Singapura gagal

JOHOR BAHRU, 29 Jun- Cubaan membawa masuk 10 tan beras dari Singapura bernilai RM50,000 berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor Bahru, 12:30 tengahari semalam.

Menerusi kenyataan MAQIS Johor memaklumkan pemandu lori tersebut gagal mempamerkan dokumen sah membawa masuk komoditi itu ke Malaysia.


(Foto MAQIS Johor)

Pemeriksaan mendapati lori tersebut diikrar oleh ejen penghantaran, untuk membawa masuk makanan haiwan.

Kesemua beras diisi di dalam 10 guni besar, diserahkan kepada Pihak Kawalselia Padi dan Beras Johor untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu lori berumur 32 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Sebarang kemasukan beras import dikawal menerusi kelulusan permit import oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras.

Media Baharu