fb fb fb fb fb

Labuan terima dana RM520,000 untuk pembangunan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa

LABUAN, 18 Februari- Labuan menerima dana RM520,000 bagi tujuan perkembangan pembangunan di wilayah itu.

Dana disalur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sempena Lawatan Kerja Rasmi dan Program Hari Wilayah Persekutuan 2024.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM270,000 disalur kepada pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) 27 buah kampung.
 
Manakala, sebanyak RM200,000 disalur bagi projek pembinaan benteng bagi mengatasi hakisan pantai di sekitar Tapak Lestari Niaga Kampung Tanjung Aru Nelayan.
 
Sebanyak RM50,000 pula diagih kepada Program Kebun Komuniti Kita @ Wilayah Persekutuan untuk pembinaan fetigasi meja di Kebun Komuniti Masjid Kampung Layang-Layangan.

"Inilah tujuannya saya datang ke Labuan pada kali ini dan juga untuk melihat perkembangan-perkembangan kepada program dan projek yang sedang dijalankan dan agensi-agensi lain laksanakan di Labuan ni untuk tujuan pembangunan dan sebagainya", kata Dr Zaliha di sini.
 
Terdahulu beliau juga berksempatan mengikuti Program Sarapan Sihat dan Paint By Numbers Canvas di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

ROSLINA BINTI DIN