fb fb fb fb fb

Labuan rai Hari Kebangsaan secara sederhana

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan/ BERNAMA

LABUAN, 19 Julai- Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan di Labuan bakal berlangsung secara sederhana tahun ini, namun masih mengekalkan beberapa program utama.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan acara sambutan itu akan bermula di Kompleks Taman Kewangan dan perasmiannya bakal disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

"Antara program utama ialah Konvoi Merdeka atau Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melibatkan hampir 50 kenderaan yang akan dilepaskan oleh Dr. Zaliha.

"Program lain termasuk pameran agensi kerajaan, pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan dan pertandingan pakaian beragam," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa persiapan sambutan merdeka di Wisma Perbadanan Labuan hari ini.

Azman berkata agensi kerajaan dan firma swasta digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada Ogos.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI