fb fb fb fb fb

KWP siap siaga hadapi banjir

(Shahidan pada Program AMBOI Lakar Seni Malaysia di Laman dan Pesisir River of Life, Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 13 September- Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) kini dalam persediaan membuat persiapan bagi menghadapi banjir.

Ia dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditanya megenai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBP) yang dihadir beliau.

"Ini adalah persediaan biasa dan saya mewakili wilayah, kita telah membuat persediaan di peringkat DBKL, Putrajaya dan Labuan.

"Kita menyegerakan tempat pemindahan dan juga ada cadangan untuk menyediakan makanan dalam bungkusan...kita boleh menempatkan sampai 24,000 orang untuk pusat-pusat pemindahan yang disediakan, jadi insya-Allah tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program AMBOI Lakar Seni Malaysia di Laman dan Pesisir River of Life, di sini.

Tambah Shahidan, pembinaan tembok bagi menghalang limpahan air Sungai Klang masih dalam proses dan pihaknya menggunakan beg pasir sebagai alternatif sementara.

(Shahidan Kassim)

Sementara itu, menyentuh Program AMBOI Lakar Seni Malaysia yang bermula 9 hingga 18 September ini, Shahidan berkata ia berteraskan semangat, keunikan dan kekayaan identiti Malaysia serta menghimpunkan hampir 40 reruai pelukis tanah air.

Penganjuran program dilihat menarik, di samping dapat membantu meningkatkan sosioekonomi dan menjadi penyumbang aktif kepada pembangunan industri kreatif negara.

"Kita lihat ia satu pameran yang cukup menarik yang ditunjukkan oleh artis tempatan, ada juga artis antarabangsa.

"Ini adalah satu usaha, satu bidang yang kita ingin membantu mereka untuk meningkatkan ekonomi...kita ada pelukis lama dan pelukis baharu," tambahnya.

Media Baharu