fb fb fb fb fb

Kutipan RM1 juta Tabung Peduli Palestin hanya tempoh kurang satu bulan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 3 November - Tabung Peduli Palestin Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran kutipan RM1 juta.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, jumlah dana yang berjaya diperoleh itu merupakan satu usaha memberangsangkan dengan hanya tempoh kurang satu bulan kutipan dijalankan.

"Dan saya rasa bahawa akan lebih banyak lagi selepas ini kita akan adakan tabung yang akan dikutip oleh JPKK dan saya rasa tabung itu akan diteruskan sehingga akhir tahun ini. Dan kita akan serahkan peringkat awal ini kepada institusi global untuk mereka gunakan bagi bantuan bantuan yang perlu disegerakan untuk sampai ke Palestin," kata Aminuddin, ketika ditemui media Pada Majlis Himpunan Solidariti Kemanan Sejagat Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Sekolah Tinggi Chung Hwa.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar terus memberikan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin angkara kekejaman zionis Israel.

TETITIA YUSOFF