KANGAR, 24 Februari- Lebih 200,000 rakyat menerima manfaat penjimatan kos sara hidup melalui 131 siri Jualan MADANI Koperasi di seluruh negara tahun lalu.
Selain itu, 221 koperasi dan usahawan turut mendapat manfaat hasil perkembangan perniagaan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan RM4.1 juta sebagai insentif bagi program berkenaan.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, melalui siri jualan itu, rakyat mendapat diskaun sehingga 20 peratus lebih rendah bagi barangan keperluan asas.
"Saya berharap pada tahun ni juga sekurang-kurangnya dapat capai jumlah yang sama kerana rakyat masih berhadapan dengan isu kos sara hidup dan dalam mesyuarat NACCOL semalam, Perdana Menteri mahu kementerian terlibat terus melaksanakan program Jualan MADANI, Program Jualan Rahmah dan bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kita akan teruskan dengan siri jelajah Jualan MADANI Koperasi ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberi ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani KUSKOP di Simpang Empat Perlis.
Berkenan hadir merasmikan program, Raja Muda Perlis Tuanku Syed faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.