KUSKOP fokus 4 strategi, perkasa usahawan dan koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan melaksanakan 217 program dengan peruntukan RM754 juta tahun ini bagi memperkasa lebih 400,000 usahawan dan koperasi di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anjakan Produktiviti untuk tingkat kemahiran pekerja, automasi dan digitalisasi PMKS.
  • Birokrasi dipermudah bagi mengurangkan kos dan memudahkan operasi perniagaan.
  • Capaian Modal dipertingkatkan untuk mempercepat pembiayaan kepada usahawan dan koperasi.
  • Daya Akses Pasaran diluaskan untuk pasaran domestik dan global bagi tingkatkan penembusan.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pelaksanaan itu adalah sebahagian daripada Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dengan fokus kepada penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan pemerkasaan sektor koperasi, perusahaan sosial serta perniagaan inklusif.

”Misi kita dalam setahun dua ini ialah untuk memperhebat perniagaan Malaysia melalui strategi ABCD iaitu Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah,Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran.

”Kita mahu bantu perniagaan-perniagaan Malaysia khususnya PMKS menaikkan produktiviti mereka sama ada melalui pekerja yang lebih mahir, keperluan tenaga buruh ataupun atas peningkatan penggunaan teknologi Otomasi, digitalisasi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Amanat KUSKOP, di sini.

Tambah beliau lagi, kementerian telah merangka empat strategi utama iaitu Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran, bagi memastikan PMKS dan koperasi kekal berdaya saing dalam ekonomi semasa.

“KUSKOP komited menurunkan kos menjalankan perniagaan, mempercepat proses pembiayaan serta memperluas akses pasaran domestik dan global,” tambahnya lagi.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan