fb fb fb fb fb

Kunjungan hormat FedEx: Cadang kembangkan perniagaan di Malaysia

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dan Antarabangsa, FedEx Corporation (FedEx) Richard Smith dan delegasi.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri menerusi hantaran di facebook.

Anwar berkata dalam pertemuan itu FedEx memaklumkan cadangan pengembangan perniagaan syarikat itu terutamanya yang melibatkan kemudahan sedia ada di beberapa lapangan terbang di Malaysia.

"Kemudahan yang dimiliki FedEx di Malaysia kini melaksanakan lebih 30 penerbangan dalam seminggu dengan menghubungkan industri tempatan kepada rangkaian global mereka di 220 buah negara dan wilayah.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapat maklum balas positif mengenai pendekatan kerajaan dalam menterjemah agenda Ekonomi MADANI yang digagaskan.

"Antara lain, FedEx melihat cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu lonjakan kerjasama pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang perlu dimanfaatkan", katanya.

FedEx adalah syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1993.

ROSLINA BINTI DIN